Silibus Pelajar Seni Kulinari Di Malaysia 2026/2027
Silibus Pelajar Seni Kulinari Di Malaysia 2026/2027 Assalammualaikum wbt, sukacita Chef Obie kongsikan serba sedikit untuk pemahaman adik-adik yang sedang tercari arah tuju hidup juga impian dimasa depan. Pasti ada yang ingin menjadi seperti seorang Chef atau tukang masak yang hebat ! Adik-adik boleh jadikan ia asas pemahaman untuk selangkah ke dunia Food & Bavarages ( F&B ) di Malaysia. Silibus bagi pelajar seni kulinari di Malaysia merangkumi latihan teori dan praktikal mengenai teknik masakan asas, keselamatan makanan, pengurusan dapur, serta penyediaan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa. Modul dan Subjek Utama Asas Kulinari & Keselamatan Makanan: Belajar tentang kebersihan diri dan dapur ( hygiene & sanitation ), teknik asas potongan, dan cara guna peralatan dapur dengan selamat. Masakan Panas (Hot Kitchen): Mempelajari teknik memasak utama seperti merebus, menumis, membakar, dan menyediakan hidangan utama (protein dan lauk-pauk). Garde ...